Baca
petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara dan
kesan-kesanya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik
Sydney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu pembangunan sukan
negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan
mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu
sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama
kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk
memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia.
Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan
negara boleh berpunca daripada banyak pihak. Paling ketara ialah sikap tidak
profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan
pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat
mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan
sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari kepada pihak lain daripada
mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti.
Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan
pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai perancang
pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk
membantu meningkatkan mutu sukan.
Pengkritik sukan berpendapat banyak
faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf
dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih mementingkan
kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan
kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati
sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk
melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap
sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.
Bagaimanapun adalah tidak adil kita
hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau dilema atlet. Secara umumnya
moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila
menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang
keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga
dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri.
Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk
meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak berdisiplin
dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan,
ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang
manja dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet
negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja
memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi
mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.
Contoh
Jawapan Lemah
Petikan membincangkan faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan di negara kita dan langkah-langkahnya.
Salah satu faktor yang menghalang
pembangunan sukan ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri
urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Sesetengahnya pula menjadikan
persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi. Kegagalan atlet
pula sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan sendiri.
Pengkritik sukan berpendapat bahawa sistem pendidikan lebih mementingkan
kecemerlangan akademik dan ibu bapa juga mementingkan pelajar anak-anak mereka.
Di samping itu,moral atlet kita dikatakan rendah dan mengaku kalah.
Kesan yang dialami ialah kemerosotan
mutu sukan di peringkat negara dan juga antarabangsa. Kerajaan juga telah
mengalami kerugian kerana telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk
memajukan tanah air.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah
menangani masalah ini dengan segera.
[123
patah perkataan]
Ulasan Pemeriksa
1. Pelajar
mengemukakan pendahuluan tanpa mengubah arahan atau kata kunci pertama.
2. Isi
tersurat
-Pelajar hanya mengemukakan 5 isi yang
memberi 10 markah.Sewajarnya pelajar mesti mengemukakan satu lagi isi
tersurat
3. Isi
tersirat
-Pelajar gagal mengemukakan 2 isi
tersirat.Isi tersirat kedua merupakan isi tersurat. Sewajarnya pelajar menulis
sekurang-sekurangnya dua isi tersirat untuk memperoleh 4 markah.
4. Kesimpulan
yang di tulis oleh pelajar tidak lengkap kerana tidak menggabungkan ayat
berbentuk cadangan dengan ayat berbentuk harapan seperti yang disarankan di
samping tidak ada kata hubung agar/supaya.
Jawapan Yang Dibaiki
Petikan membincangkan
punca-punca yang membantutkan pembangunan sukan negara.
Antara puncanya ialah sikap
profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan
pemilihan pemain[S1] di samping sikap mereka yang menjadikan
persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2] Selain
itu, mereka menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan diri.[S3] Mereka
harus menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran
persatuan sukan[S4] di samping sikap mereka sebagai perencang sukan
tidak mempunyai visi.[S5] Seperkara lagi, sistem pendidikan
mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid daripada menyertai
sukan.[S6]
Antara kesannya ialah mutu sukan
semakin merosot di peringkat negara dan antarabangsa.[T1] Selain
itu, atlet tidak dapat menjalani latihan intensif sama ada di dalam ataupun di
luar negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk membiayai mereka.[T2]
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah
bekerjasama menanganinya supaya mutu sukan akan terus meningkat maju.
[124
Patah Perkataan]
FORMAT RUMUSAN
Petikan
membincangkan (tukar perkataan yang
sinonim dengannya ) fokus 1 di
Malaysia.
Antara fokus 1nya ialah isi tersurat
1. Selain itu, isi tersurat 2.
Seterusnya, isi tersurat 3. Di samping itu, isi
tersurat 4. Bukan itu sahaja, isi tersurat 5.
Akhir sekali, isi tersurat 6.
Antara fokus 2nya ialah isi tersirat 1 .
Selain itu, isi tersirat 2.
Kesimpulannya,(siapa bertindak) harus (apa tindakan/cadangan)
agar/supaya (tujuan tindakan/harapan).
Panduan Merumus Bahasa Malaysia SPM
Memperkenalkan satu kata singkatan supaya
mudah diingat apabila murid menjawab soalan rumusan. Singkatan tersebut
ialah PASDSBAASK (Pandang Awang Sehingga Dia Senyum Baru Anda Akan Senyum
Kepadanya) Singkatan tersebut merupakan perkataan pertama bagi setiap
baris rumusan termasuk penanda wacananya. Kaedah ini semua untuk mereka yang
mahu menjimatkan masa dan malas nak fikir penanda wacana yang lain.
P = Petikan membincangkan
A = Antara (isi tersurat)
S = Selain itu,
D= Di samping itu,
S= Seterusnya,
B = Bukan itu sahaja,
A = Akhirnya,
A = Antara (isi tersirat)
S= Selain itu,
K = Kesimpulannya,
P = Petikan membincangkan
A = Antara (isi tersurat)
S = Selain itu,
D= Di samping itu,
S= Seterusnya,
B = Bukan itu sahaja,
A = Akhirnya,
A = Antara (isi tersirat)
S= Selain itu,
K = Kesimpulannya,
Lengkapkan Teka Silang Kata di bawah.
SELAMAT MENCUBA!!!
|
|
|
|
|
1m
|
|
|
|
|
|
|
|
2B
|
E
|
T
|
A
|
|
|
|
|
|
r
|
|
|
|
|
3B
|
|
|
e
|
|
|
|
|
4E
|
N
|
G
|
K
|
A
|
U
|
|
|
L
|
|
|
a
|
|
|
|
|
I
|
|
|
|
|
5P
|
|
6B
|
A
|
G
|
I
|
N
|
D
|
A
|
|
|
U
|
|
|
|
|
T
|
|
|
|
|
7S
|
|
|
8I
|
A
|
|
|
|
9A
|
W
|
A
|
K
|
|
|
|
|
Y
|
|
|
|
|
|
|
|
A
|
|
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Dua Perwatakan
Watak Utama Yang Dapat Memberikan Teladan Kepada Pembaca
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Dua Perwatakan Watak Utama Yang
Dapat Memberikan Teladan Kepada Pembaca
Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Adnan Wira
Bangsa, hasil karya Abdul Latip bin Talib, Leftenan Adnan yang merupakan watak
utama telah memaparkan beberapa perwatakan yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca.
Antara perwatakan Leftenan Adnan yang dapat diteladani oleh pembaca ialah beliau merupakan seorang anak yang rajin membantu keluarganya dengan melakukan pelbagai pekerjaan. Buktinya, Adnan banyak membantu ayahnya menoreh getah, bersawah padi dan memungut buah durian di dusun duriannya. Di sekolah pula, Adnan terkenal sebagai seorang pelajar yang rajin dan pintar. Beliau telah menjuarai pertandingan pidato dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di sekolahnya. Sikap kerajinan Adnan juga amat dikagumi oleh teman-teman dan guru-gurunya.
Selain itu, sebagai seorang tentera, beliau memiliki semangat cinta akan negara
yang tinggi. Untuk mencapai cita-citanya, Adnan menolak jawatan guru pelatih dan
memohon jawatan askar. Semasa menjalani latihan ketenteraan, beliau bekerja
keras bukan kerana pangkat tetapi baginya menjadi kewajipan seorang anggota
tentera untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah sebaik-baik mungkin. Hal ini
membuktikan bahawa Adnan merupakan seorang yang bersemangat patriotik.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Konflik Yang
Dihadapi Oleh Watak Utama
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Konflik Yang Dihadapi Oleh
Watak Utama
Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa konflik yang
dihadapi oleh watak utamanya iaitu Adnan. bin Saidi atau dikenali sebagai
Leftenan Adnan.
Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak utama ialah penentangan daripada Budin. Penentangan ini bermula pada perlawanan bola sepak antara Kampung Sungai Merap dengan Kampung Sungai Ramal. Budin daripada pasukan Kampung Sungai Merap tidak berpuas hati kerana kekalahan di tangan pasukan Kampung Sungai Ramal. Mereka mengatur pula perlawanan tinju antara kedua-dua pasukan. Budin akan bertinju dengan Adnan. Akhirnya, Budin dan Adnan bersepakat untuk tidak meneruskan perlawanan tinju itu dan mereka menjadi sahabat.
Selain itu, watak utama juga menghadapi konflik pelekehan rakan-rakan Leftenan Adnan terhadap cita-citanya. Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi tali barut kepada Inggeris ketika moyangnya telah menjadi orang buruan Inggeris.Walau bagaimanapun, Adnan sabar dengan lekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya itu.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Peranan Watak
Utama Dalam Menyelesaikan Konflik
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Peranan Watak Utama Dalam
Menyelesaikan Konflik
Setiap novel mempunyai beberapa unsur yang membuatkan novel
tersebut menarik untuk dibaca. Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan
Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib, terdapat unsur konflik yang
membuatkan novel tersebut semakin berkembang.
Konflik pertama yang timbul dalam cerita adalah apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi tali barut kepada Inggeris ketika moyangnya telah menjadi orang buruan Inggeris.Walau bagaimanapun, Adnan sabar dengan lekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya itu.
Selain itu, konflik yang timbul dalam novel Leftenan Adnan adalah ketika pertempuran Batalion Kedua Askar Melayu dengan pendaratan askar Jepun di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Dalam pertempuran ini, askar Jepun telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan menyebabkan banyak terkorban dan banyak askar India British melarikan diri. Namun begitu, semangat Leftenan Adnan tidak berputus asa lalu bertahan dan berjaya menggagalkan askar Jepun tetapi pada hari ketiga askar Melayu yang bertempur terpaksa berundur. Askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan.
Di samping itu, terdapat satu lagi konflik dalam novel di mana konflik berlaku di antara askar Melayu dengan tentera Jepun pada masa terakhir Perang Dunia Kedua. Pada masa ini Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya.Walaupun mereka semakin kehabisan peluru sedangkan asakan tentera Jepun semakin bertambah, semangat askar Melayu tidak pernah berkurang dan terus berjuang mempertahankan diri dan maruah negara.
.
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Dua Teknik
Plot Yang Digunakan
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Dua Teknik Plot Yang Digunakan
Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa teknik plot
yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.
Antara teknik plot yang digunakan ialah teknik pemerian. Contohnya, pengarang
menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian
ayahnya lalu menikam batang pisang. Dia berlagak seperti Hang Tuah yang
menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat
telatah anak sulungnya itu
Selain itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai
contohnya, semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan
keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi askar
kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Dua Latar
Tempat
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Dua Latar Tempat
Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa latar
tempat dalam novel ini.
Salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah warung Pak Samad. Warung ini merupakan tempat penduduk kampung bertukar-tukar maklumat dan cerita.Warung ini juga menjadi tempat untuk Nordin bermain dam bersama-sama dengan rakan-rakannya.
Selain itu. Sekolah Inggeris juga merupakan antara latar tempat yang dipaparkan oleh penulis dalam novel ini. Sekolah ini merupakan tempat Adnan belajar. Ketika dia belajar di sini, Adnan menunjukkan sikap yang baik dan sering mendapat pujian terutamanya daripada Cikgu Anderson.
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Tiga Latar
Masyarakat
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Tiga Latar Masyarakat
Selepas membaca novel Leftnan Adnan Wira Bangsa,
terdapat beberapa latar masyarakat yang saya dapati daripada novel ini.
Antara latar masyarakat ialah masyarakat kampung yang pemurah. Pak Saidi selalu
mempelawa penduduk kampung makan buah-buahan di dusunnya. Dia juga selalu
memberikan hasil dusun buah-buahannya kepada jiran-jirannya.
Seterusnya, masyarakat yang mementingkan ilmu juga terdapat dalm novel ini. Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran. Sekolah itu mengajar banyak mata pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Pak Saidi sanggup berbasikal pada awal pagi untuk menghantar Adnan ke sekolah.
Selain itu, terdapat juga masyarakat yang berani mempertahankan tanah air. Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru. Walaupun Leftenan Adnan telah cedera parah, dia telah melawan tentera Jepun secara berdepan dengan menggunakan bayonet dan menewaskan banyak tentera Jepun.
Novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa : Watak Sampingan Lelaki dan Perwatakan
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Watak Sampingan Lelaki dan
Perwatakan
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa karya Abdul Latif bin Talib, terdapat satu watak sampingan lelaki. Watak
sampingan tersebut ialah Pak Saidi.
Pak Saidi mempunyai seorang isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga
orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Pak Saidi tinggal di
Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
Perwatakan Pak Saidi adalah seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap
keluarganya. Sebagai contoh, Pak Saidi tidak mahukan anak-anaknya ketinggalan
dalam arus pendidikan semasa. Beliau mahu masa depan menjadi lebih baik. Oleh
itu, Pak Saidi menghantar anak mereka ke sekolah aliran Inggeris walaupun
beberapa orang penduduk kampung membantah perbuatannya.
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Tema
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Tema
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan
Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, tema novel ini ialah semangat
kepahlawanan askar Melayu dalam mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh
orang asing.
Tema ini dapat dibuktikan Leftenan Adnan, atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi sanggup berjuang bermati-matian hingga titisan darah terakhir demi mempertahankan bumi tercinta daripada ditakluki oleh tentera Jepun.
Selain itu, ketika tentera Jepun melancarkan serangan di Jurong, pertahanan British semakin tidak kuat kerana banyak tenteranya keletihan dan ketakutan. Hal ini berbeza dengan askar Melayu yang masih , bersemangat. Mereka tiada pilihan lain kerana Tanah Melayu merupakan tanah air mereka.
Di samping itu, askar-askar yang bertugas mengawal kubu Pasir Panjang sentiasa berjaga-jaga walaupun sudah beberapa hari tidak makan dan minum. Pada waktu pagi, tentera Jepun telah datang ke kawasan pertahanan mereka. Tentera Jepun mahu Leftenan Adnan menyerah tetapi Leftenan Adnan berkeras ingin mempertahankan kubu Pasir Panjang. Oleh itu, tentera Jepun telah membedil kubu itu melalui udara. Askar Melayu dan Leftenan Adnan telah memberikan tentangan hebat kepada tentera Jepun sehingga mereka gagal menembusi benteng pertahanan askar Melayu. Kekalahan ini menyebabkan Jeneral Yamashita semakin marah dan malu
No comments:
Post a Comment