Tuesday 14 April 2015

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum dan salam perkenalan.

Syukur pada Allah yang Maha Kuasa kerana blog ini berjaya dibangunkan dengan jayanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman semasa menjalani latihan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah,Sungai Bakap,Seberang Perai Selatan 14200 Pulau Pinang.

Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah Seminar Refleksi Latihan Mengajar KPR3012 iaitu Yang berbahagia Tuan Hj. Dr Zulkeflee bin Hj. Yaacob kerana memberi tunjuk ajar dan nasihat yang membina kepada saya sepanjang menjalani kursus ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya dan rakan-rakan seperjuangan dalam memberikan kata-kata semangat dan turut membantu dalam menyiapkan blog ini serta komentar yang bernas untuk memastikan segala perancangan berjalan dengan jayanya.

Harapan saya agar blog ini dapat membantu rakan-rakan seperjuangan sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan nanti.Segala pengalaman yang dilalui, saya kongsikan dengan anda dalam blog ini. Besar harapan saya agar anda memperoleh banyak maklumat mengenai pelaksanaan kajian tindakan.

Diharapkan semoga blog ini bermanfaat untuk pembaca semua.. Sekian terima kasih.