Monday 13 February 2017

Karangan

Keruntuhan Akhlak Remaja Berpunca Daripada Keruntuhan Institusi Keluarga

Keruntuhan Akhlak Remaja Berpunca Daripada Keruntuhan Institusi Keluarga

            Menuju tahun 2020, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sangat membimbangkan dan seperti  tiada penghujungnya. Jika kita lihat senario pada hari ini, ramai dalam kalangan remaja kita terlibat dengan gejala sosial seperti meragut, mencuri dan sebagainya. Namun demikian apakah puncanya? Hal ini disebabkan oleh kegagalan institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak sepatutnya bekerjasama dalam mempertahankan kebahagiaan institusi kekeluargaan masing-masing. Ibu bapa seharusnya melindungi dan mendidik anak supaya mereka tidak tersalah arah dan terlibat dengan gejala sosial.

            Kegagalan institusi kekeluargaan berpunca daripada kekurangan  ilmu tentang hidup berkeluarga dan pelbagai ilmu dalam perkahwinan. Masyarakat kini ramai yang berkahwin dalam usia muda kerana terlalu mengikutkan perasaan dan hawa nafsu. Mereka sepatutnya mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu supaya setiap perkara yang terjadi dalam rumah tangga mereka dapat diselesaikan secara baik dan berdiplomasi. Jika mereka tiada ilmu atau kurang ilmu, setiap perselisihan faham yang berlaku akan menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh dan akibatnya berlakulah penceraian. Hal ini menyebabkan anak-anak mereka yang akan terkena tempias atas kekhilafan diri mereka sendiri, seperti kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Anak-anak yang tertekan denagn masalah penceraian tersebut akan mencari kebahagiaan yang mereka inginkan dengan cara tersendiri seperti melarikan diri mengikut teman lelaki atau sesiapa sahaja yang boleh memberikan kebahagiaan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa kekurangan ilmu dalam institusi kekeluargaan boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak.

            Seterusnya, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kesibukan ibu bapa yang asyik mengejar kemewahan duniawi tanpa menghiraukan tentang anak-anak. Hal ini sering terjadi dalam dunia yang sedang membangun ini. Ibu bapa berpendapat bahawa jika mereka menyediakan segala kemahuan anak-anak mereka, mereka sudah memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Namun demikian, anak-anak merupakan insan yang perlu dididik dengan betul supaya mereka jadi insan yang berguna. Jika ibu bapa terlalu mengikut permintaan anak-anak mereka tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak ini akan bersikap kurang ajar dan menyalahkan ibu bapa mereka atas kekurangan perhatian dan kasih sayang yang diberikan. Anak –anak ini juga akan menggunakan segala kemewahan yang diperoleh untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dan merosakkan diri seperti menghisap dadah. Anak anak ini ibarat kain putih, dan sebagai ibu bapa mereka bertanggungjawab untuk mencorakkan peribadi diri anak mereka. Ibu bapa harus sedar bahawa tiada yang lebih berharga dari anak anak mereka sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa kesibukan mereka akan menimbulkan lebih banyak masalah keruntuhan akhlak dalam diri remaja.

            Selain itu, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kurangnya didikan dan penghayatan agama. Hal ini demikian kerana, agama merupakan tonggak dalam sesebuah keluarga yang bahagia. Institusi kekeluargaan yang berpegang kepada ajaran agama tidak akan goyah walaupun ditimpa beribu musibah. Namun, bagi institusi kekeluargaan yang tidak berpegang kepada ajaran agama mudah goyah dan runtuh apabila badai melanda. Anak – anak yang kurang penghayatan agama mudah terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara negatif seperti merempit dan sebagainya. Anak anak ini perlu dididik menghayati agama sejak kecil lagi seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika sudah menginjak ke usia remaja, mereka sukar menerima nasihat dan melakukan perubahan. Mereka lebih rela membuat keputusan tanpa memikirkan kesan dan tidak berpaksikan pada ajaran agama. Akibat daripada itu, mereka mungkin akan terjebak dalam perkara yang tidak sihat seperti merokok dan sebagainya. Oleh itu,kekurangan didikan agama boleh mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan.

            Akhir sekali, keruntuhan institusi kekeluargaan berpunca daripada keadaan sosioekonomi yang sempit. Hal ini demikian kerana, dalam dunia yang kian maju, wang amat penting bagi memudahkan kelansungan hidup. Bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap atau pekerja kolar biru , mereka sukar untuk menyediakan segala kemudahan untuk keluarga mereka. Hal ini juga boleh menyebabkan anak –anak mencari jalan pintas untuk mendapatkan segala keinginan mereka dengan mencuri, meragut dan sebagainya.  Pada usia remaja, mereka sering berasa iri hati apabila melihat rakan-rakan yang mampu untuk mendapatkan apa yang mereka mahu seperti telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya. Namun demikian, seorang anak yang prihatin tidak akan membebankan ibu bapanya dengan meminta lebih daripada apa yang mampu diberikan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menyimpan untuk kegunaan pada masa kecemasan atau untuk menyediakan kemudahan kepada anak anak. Mereka perlu sedar bahawa keadaan sosioekonomi yang sempit boleh menyebabkan anak anak remaja bertindak diluar kawalan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.

            Tuntasnya, untuk mengelakkan berlakunya kegagalan institusi keluarga yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak remaja, ibu bapa seharusnya melengkapkan dan koreksi diri. Hal ini demikian kerana, segala kelemahan dalam mendidik dan mendisiplinkan anak anak terutamanya remaja akan menyebabkan mereka menyimpang terlalu jauh dan terjebak dengan masalah sosial yang lebih berat. Pihak ibu bapa perlu sedar dan tahu bahawa kegagalan mereka dalam menguruskan institusi keluarga akan terkesan dalam diri anak-anak mereka. Anak-anak remaja merupakan aset negara dan mereka perlu didisiplinkan supaya menjadi orang yang berguna. Mereka ialah insan yang akan membawa negara kita ke persada antarabangsa yang terkenal dengan kebudayaan dan budi pekerti yang tinggi dan bukannya negara yang tidak berbudi pekerti. Maruah negara kita pada masa hadapan berada di tangan anak anak remaja kini. Jadi, mereka perlu bangkit daripada dunia angan-angan untuk menempuh dunia realiti.


Rumusan



Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesanya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

           Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sydney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia.
            Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak. Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu meningkatkan mutu sukan.
            Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.
            Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.
Contoh Jawapan Lemah

          Petikan membincangkan faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan di negara kita dan langkah-langkahnya.
            Salah satu faktor yang menghalang pembangunan sukan ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Sesetengahnya pula menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi. Kegagalan atlet pula sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan sendiri. Pengkritik sukan berpendapat bahawa sistem pendidikan lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan ibu bapa juga mementingkan pelajar anak-anak mereka. Di samping itu,moral atlet kita dikatakan rendah dan mengaku kalah.
            Kesan yang dialami ialah kemerosotan mutu sukan di peringkat negara dan juga antarabangsa. Kerajaan juga telah mengalami kerugian kerana telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan tanah air.
            Kesimpulannya, semua pihak mestilah menangani masalah ini dengan segera.
                                                                                                                        [123 patah perkataan]

Ulasan Pemeriksa

1.     Pelajar mengemukakan pendahuluan tanpa mengubah arahan atau kata kunci pertama.
2.     Isi tersurat
-Pelajar hanya mengemukakan 5 isi yang memberi 10 markah.Sewajarnya pelajar mesti mengemukakan satu lagi isi tersurat
3.     Isi tersirat
-Pelajar gagal mengemukakan 2 isi tersirat.Isi tersirat kedua merupakan isi tersurat. Sewajarnya pelajar menulis sekurang-sekurangnya dua isi tersirat untuk memperoleh 4 markah.
4.     Kesimpulan yang di tulis oleh pelajar tidak lengkap kerana tidak menggabungkan ayat berbentuk cadangan dengan ayat berbentuk harapan seperti yang disarankan di samping tidak ada kata hubung agar/supaya.


Jawapan Yang Dibaiki

            Petikan membincangkan punca-punca yang membantutkan pembangunan sukan negara.
            Antara puncanya ialah sikap profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain[S1] di samping sikap mereka yang menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2] Selain itu, mereka menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan diri.[S3] Mereka harus menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan[S4] di samping sikap mereka sebagai perencang sukan tidak mempunyai visi.[S5] Seperkara lagi, sistem pendidikan mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid daripada menyertai sukan.[S6]
            Antara kesannya ialah mutu sukan semakin merosot di peringkat negara dan antarabangsa.[T1] Selain itu, atlet tidak dapat menjalani latihan intensif sama ada di dalam ataupun di luar negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk membiayai mereka.[T2]
            Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya supaya mutu sukan akan terus meningkat maju. 
                                                                                                                        [124 Patah Perkataan]












FORMAT RUMUSAN
           
            Petikan membincangkan  (tukar perkataan yang sinonim dengannya )   fokus 1    di Malaysia.
        Antara fokus 1nya ialah isi tersurat 1. Selain itu, isi tersurat 2. Seterusnya, isi tersurat 3. Di samping itu, isi tersurat 4. Bukan itu sahaja, isi tersurat 5. Akhir sekali, isi tersurat 6.
        Antara fokus 2nya ialah isi tersirat 1 . Selain itu, isi tersirat 2.
        Kesimpulannya,(siapa bertindak) harus (apa tindakan/cadangan) agar/supaya (tujuan tindakan/harapan). 

Panduan Merumus Bahasa Malaysia SPM
Memperkenalkan satu kata singkatan supaya mudah diingat apabila murid menjawab soalan rumusan. Singkatan tersebut ialah PASDSBAASK (Pandang Awang Sehingga Dia Senyum Baru Anda Akan Senyum Kepadanya) Singkatan tersebut merupakan perkataan pertama bagi setiap baris rumusan termasuk penanda wacananya. Kaedah ini semua untuk mereka yang mahu menjimatkan masa dan malas nak fikir penanda wacana yang lain.

P = Petikan membincangkan
A = Antara (isi tersurat)
S = Selain itu,
 D= Di samping itu,
S= Seterusnya,
B = Bukan itu sahaja,
A = Akhirnya,
A = Antara (isi tersirat)
S= Selain itu,
K = Kesimpulannya,





Lengkapkan Teka Silang Kata di bawah.
SELAMAT MENCUBA!!!




1   






2   













3   







4   




















5   

6   


















7   


8   




9   





















Melintang:
2.
Digunakan oleh sultan
4.
Merujuk kepada orang kedua yang rapat
6.
Merujuk kepada sultan
8.
Kata ganti nama diri ketiga
9.
Merujuk kepada orang kedua
Ke bawah:
1.
Merujuk kepada sekumpulan orang
3.
Merujuk kepada orang yang berkedudukan
5.
Digunakan oleh orang bawahan dalam istana
7.
Kata ganti nama diri pertama





 


1m







2B
E
T
A





r




3B


e




4E
N
G
K
A
U


L


a




I




5P

6B
A
G
I
N
D
A


U




T




7S


8I
A



9A
W
A
K




Y







A








Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Dua Perwatakan Watak Utama Yang Dapat Memberikan Teladan Kepada Pembaca
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Dua Perwatakan Watak Utama Yang Dapat Memberikan Teladan Kepada Pembaca

     Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Adnan Wira Bangsa, hasil karya Abdul Latip bin Talib, Leftenan Adnan yang merupakan watak utama telah memaparkan beberapa perwatakan yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.

      Antara perwatakan Leftenan Adnan yang dapat diteladani oleh pembaca ialah beliau merupakan seorang anak yang rajin membantu keluarganya dengan melakukan pelbagai pekerjaan. Buktinya, Adnan banyak membantu ayahnya menoreh getah, bersawah padi dan memungut buah durian di dusun duriannya. Di sekolah pula, Adnan terkenal sebagai seorang pelajar yang rajin dan pintar. Beliau telah menjuarai pertandingan pidato dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di sekolahnya. Sikap kerajinan Adnan juga amat dikagumi oleh teman-teman dan guru-gurunya.


     Selain itu, sebagai seorang tentera, beliau memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi. Untuk mencapai cita-citanya, Adnan menolak jawatan guru pelatih dan memohon jawatan askar. Semasa menjalani latihan ketenteraan, beliau bekerja keras bukan kerana pangkat tetapi baginya menjadi kewajipan seorang anggota tentera untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah sebaik-baik mungkin. Hal ini membuktikan bahawa Adnan merupakan seorang yang bersemangat patriotik.









Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Konflik Yang Dihadapi Oleh Watak Utama
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Konflik Yang Dihadapi Oleh Watak Utama

     Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utamanya iaitu Adnan. bin Saidi atau dikenali sebagai Leftenan Adnan.

     Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak utama ialah  penentangan daripada Budin. Penentangan ini bermula pada perlawanan bola sepak antara Kampung Sungai Merap dengan Kampung Sungai Ramal. Budin daripada pasukan Kampung Sungai Merap tidak berpuas hati kerana kekalahan di tangan pasukan Kampung Sungai Ramal. Mereka mengatur pula perlawanan tinju antara kedua-dua pasukan. Budin akan bertinju dengan Adnan. Akhirnya, Budin dan Adnan bersepakat untuk tidak meneruskan perlawanan tinju itu dan mereka menjadi sahabat.

     Selain itu, watak utama juga menghadapi konflik pelekehan rakan-rakan Leftenan Adnan terhadap cita-citanya. Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi tali barut kepada Inggeris ketika moyangnya telah menjadi orang buruan Inggeris.Walau bagaimanapun, Adnan sabar dengan lekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya itu.


















Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Peranan Watak Utama Dalam Menyelesaikan Konflik
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Peranan Watak Utama Dalam Menyelesaikan Konflik

     Setiap novel mempunyai beberapa unsur yang membuatkan novel tersebut menarik untuk dibaca. Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib, terdapat unsur konflik yang membuatkan novel tersebut semakin berkembang.

      Konflik pertama yang timbul dalam cerita adalah apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi tali barut kepada Inggeris ketika moyangnya telah menjadi orang buruan Inggeris.Walau bagaimanapun, Adnan sabar dengan lekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya itu.

      Selain itu, konflik yang timbul dalam novel Leftenan Adnan adalah ketika pertempuran  Batalion Kedua Askar Melayu dengan pendaratan askar Jepun di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Dalam pertempuran ini, askar Jepun telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan menyebabkan banyak terkorban dan banyak askar India British melarikan diri. Namun begitu, semangat Leftenan Adnan tidak berputus asa lalu bertahan dan berjaya menggagalkan askar Jepun tetapi pada hari ketiga askar Melayu yang bertempur terpaksa berundur. Askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan.

      Di samping itu, terdapat satu lagi konflik dalam novel di mana konflik berlaku di antara askar Melayu dengan tentera Jepun pada masa terakhir Perang Dunia Kedua. Pada masa ini Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya.Walaupun mereka semakin kehabisan peluru sedangkan asakan tentera Jepun semakin bertambah, semangat askar Melayu tidak pernah berkurang dan terus berjuang mempertahankan diri dan maruah negara.


.




Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Dua Teknik Plot Yang Digunakan
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Dua Teknik Plot Yang Digunakan

     Berdasarkan novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut. 



     Antara teknik plot yang digunakan ialah teknik pemerian. Contohnya, pengarang menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang.  Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya.  Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu

     Selain itu, teknik imbas muka juga diselitkan dalam novel ini. Sebagai contohnya, semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar.  Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.












Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Dua Latar Tempat
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Dua Latar Tempat

      Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, terdapat beberapa latar tempat dalam novel ini.

     Salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah warung Pak Samad. Warung ini  merupakan tempat penduduk kampung bertukar-tukar maklumat dan cerita.Warung ini juga menjadi tempat untuk Nordin bermain dam bersama-sama dengan rakan-rakannya.

    Selain itu. Sekolah Inggeris juga merupakan antara latar tempat yang dipaparkan oleh penulis dalam novel ini. Sekolah ini merupakan tempat Adnan belajar. Ketika dia belajar di sini, Adnan menunjukkan sikap yang baik dan sering mendapat pujian terutamanya daripada Cikgu Anderson.
















Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Tiga Latar Masyarakat
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Tiga Latar Masyarakat

     Selepas membaca novel Leftnan  Adnan Wira Bangsa, terdapat beberapa latar masyarakat yang saya dapati daripada novel ini.

    Antara latar masyarakat ialah masyarakat kampung yang pemurah. Pak Saidi selalu mempelawa penduduk kampung makan buah-buahan di dusunnya. Dia juga selalu memberikan hasil dusun buah-buahannya kepada jiran-jirannya.

      Seterusnya, masyarakat yang mementingkan ilmu juga terdapat dalm novel ini. Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran. Sekolah itu mengajar banyak mata pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Pak Saidi sanggup berbasikal pada awal pagi untuk menghantar Adnan ke sekolah.

      Selain itu, terdapat juga masyarakat yang berani mempertahankan tanah air. Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru. Walaupun Leftenan Adnan telah cedera parah, dia telah melawan tentera Jepun secara berdepan dengan menggunakan bayonet dan menewaskan banyak tentera Jepun.












Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Watak Sampingan Lelaki dan Perwatakan
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Watak Sampingan Lelaki dan Perwatakan

     Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talib, terdapat satu watak sampingan lelaki. Watak sampingan tersebut ialah Pak Saidi.

     Pak Saidi mempunyai seorang isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Pak Saidi tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.

   Perwatakan Pak Saidi adalah seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Sebagai contoh, Pak Saidi tidak mahukan anak-anaknya ketinggalan dalam arus pendidikan semasa. Beliau mahu masa depan menjadi lebih baik. Oleh itu, Pak Saidi menghantar anak  mereka ke sekolah aliran Inggeris walaupun beberapa orang penduduk kampung membantah perbuatannya.














Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Tema
Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Tema

     Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib, tema novel ini ialah semangat kepahlawanan askar Melayu dalam mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh orang asing.

     Tema ini dapat dibuktikan  Leftenan Adnan, atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi sanggup berjuang bermati-matian hingga titisan darah terakhir demi mempertahankan bumi tercinta daripada ditakluki oleh tentera Jepun.

      Selain itu, ketika tentera Jepun melancarkan serangan di Jurong, pertahanan British semakin tidak kuat kerana banyak tenteranya keletihan dan ketakutan. Hal ini berbeza dengan askar Melayu yang masih , bersemangat. Mereka tiada pilihan lain kerana Tanah Melayu merupakan tanah air mereka.

      Di samping itu, askar-askar yang bertugas mengawal kubu Pasir Panjang sentiasa berjaga-jaga walaupun sudah beberapa hari tidak makan dan minum. Pada waktu pagi, tentera Jepun telah datang ke kawasan pertahanan mereka. Tentera Jepun mahu Leftenan Adnan menyerah tetapi Leftenan Adnan berkeras ingin mempertahankan kubu Pasir Panjang. Oleh itu, tentera Jepun telah membedil kubu itu melalui udara. Askar Melayu dan Leftenan Adnan telah memberikan tentangan hebat kepada tentera Jepun sehingga mereka gagal menembusi benteng pertahanan askar Melayu. Kekalahan ini menyebabkan Jeneral Yamashita semakin marah dan malu